Boleh dikatakan hari ini, rata-rata kawasan Lembah Klang dilimpahi hujan lebat.
Akibatnya berlaku banjir kilat apabila sesetengah kawasan mula dinaiki air.
Video di bawah dirakamkan di persimpangan lampu isyarat berhampiran PUSPAKOM Padang Jawa, Shah Alam.
Dapat dilihat pemandu terpaksa memperlahankan kenderaan ketika mengharung air.
Bagi yang pernah melalui situasi ini tentu faham betapa resahnya melalui banjir kilat kerana bimbang berlaku kerosakan pada enjin kenderaan.
Dalam pada itu, siaran video ini di Facebook Friends Of BN membuatkan beberapa pengunjung berkongsi gambar dan masalah sama yang dihadapi warga Selangor.
Salah satu rungutan daripada penduduk Taman Sri Andalas, Klang yang mendakwa menghadapi masalah banjir sejak 2012 namun tiada penyelesaian walau pun sudah banyak aduan dibuat.
Nampaknya, ahli parlimen dan MB terbabit kenalah cakna sikit selesaikan masalah rakyat selepas ini.
Rasa-rasa peruntukan dari pusat yang diagihkan pada Selangor untuk baik pulih jalan dan apa yang patut penyumbang pada masalah banjir kilat ni boleh tahan juga lumayannya.
Lagi pun MB baru kan tak lokek?
Jadi tentu tak ada masalah untuk keluarkan segera peruntukan yang perlu untuk selesaikan masalah yang dah lama belenggu rakyat ni.. – mynewshub.cc
REM RAMZI/MYNEWSHUB