IBU kepada Mayang Prasetyo, 27 yang maut dicincang suaminya mendakwa anaknya membuka perniagaan haiwan peliharaan ketika menyatakan niatnya untuk berhijrah ke Australia.
Nining Sukarni, 45 berkata beliau sedih apabila mengetahui pekerjaan anak sebenar anaknya, seorang pekerja seks kelas atasan dengan bayaran RM1,300 sejam.
“Saya tidak tahu apa pekerjaan Febri (Mayang Prasetyo) sekarang tetapi dia memberitahu dia ke Australia kerana ingin mengembangkan perniagaannya dengan membuka kedai haiwan peliharaan,” katanya memetik laporan jogjatribunews.com
http://www.youtube.com/watch?v=E1zyOK7c-Ys
Ini kerana menurut Nining, sebelum ke Australia anaknya memang menjalankan perniagaan itu di Bali, pulau pelancongan terkenal di Indonesia.
Mayang, atau nama sebenarnya Febri Andriansyah berkahwin dengan Marcus Volke di Denmark setelah mendapat persetujuan keluarganya.
Namun, dia ditemui mati dalam keadaan mengerikan di apartmen mewah pasangan itu di Teneriffe, Australia setelah jiran mengadu terhidu bau busuk seperti daging reput.
Menurut jiran, mereka kerap bertengkar sehingga seminggu lalu. Pihak polis terkejut apabila menemui bahagian anggota badan Mayang Prasetyo sedang dimasak di dalam periuk manakala bahagian lain ditemui dalam tong sampah.
Sementara itu, mayat Volke ditemui di dalam tong sampah besar di lorong di luar bangunan apartmen berkenaan, dipercayai kerana membunuh diri kerana melarikan diri dari pihak polis. :-MYNEWSHUB.CC
Oleh: CRIME BUSTERZ