Sejak dimuat naik pada bulan Jun yang lalu, video ini sudah ditonton lebih dari lima juta orang dan merima puluhan ribu ‘like’ di laman Youtube.
Video yang berjudul,’Smoking Kid’ yang dibawa oleh Kementerian Kesihatan Thailand ini sememangnya memberikan impak yang sangat mendalam kepada perokok di luar sana.
Ia merupakan antara iklan anti merokok yang mendapat pujian dari orang ramai dah ada juga yang menyebut bahawa ini adalah iklan anti merokok paling terbaik di dunia.
Video yang berdurasi 2.37 minit tersebut mengisahkan dua orang kanak-kanak meminta pemetik api daripada perokok yang berlainan jantina dan umur.
Di permulaan video, kelihatan beberapa orang dewasa merokok dengan penuh kenikmatan di tempat awam, mereka tidak sedar yang gerak-gerinya telah dirakamkan oleh kamera tersembunyi.
Tiba-tiba datang seorang budak kecil yang mahu meminjam “lighter” atau pemetik api kerana mahu merokok juga, jadi apa agaknya reaksi perokok dewasa tersebut? Mari lihat videonya di bawah..
Anda sudah tengok? Sudah jelas bukan? Setelah perokok-perokok dewasa membaca kertas yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut, rata-rata semua perokok itu seperti terdiam, terkejut dan raut wajah mereka juga berbeza.
Memang sebuah iklan yang sarat dengan mesej dan sangat jelas, memang patut diberikan pujian terutama kepada Kementerian Kesihatan Thailand keatas penghasilan iklan ini.
Apa yang pasti iklan sebegini sudah jarang dapat kita lihat di bumi bertuah Malaysia.
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC