Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Najib Ucap Takziah Atas...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Anggota...

Bantuan Khas Aidilfitri Perlu...

KUALA LUMPUR - Bayaran Khas Aidilfitri kepada penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri...

Selfie Lepas Tarawih Hapus...

KUALA LUMPUR - Bayangkan senario ini. Anda sedang menunggu, atau baharu selesai mengerjakan...

Laksa Malaysia Ditawarkan Di...

KUALA LUMPUR - Penumpang Malaysia Airlines kini boleh menikmati keenakan laksa Malaysia di...

VIDEO : Kisah Lelaki Tua Dengan Seekor Burung Kelicap

Setiap hari, seorang warga tua, Joao Silverstrini, 83, dilawati oleh seekor haiwan yang cantik, iaitu seekor burung kelicap.

Burung itu terbang ke dalam dan keluar dari bahagian dapur rumahnya di Brazil beberapa kali dalam sehari untuk meminum sedikit air gula yang disediakan Joao.

Jalan cerita unik ini menjadi popular di Facebook selepas Joao merakamkan saat-saat dirinya bersama burung itu dan dimuatnaik ke internet bulan lepas.

[BACA – VIDEO : Kanggaru Bertinju Di Tengah Jalan, Apa Kes Tu?]

Video itu menunjukkan, burung kelicap itu terbang berdekatan kepala Joao dan menunggu dengan sabar air gula untuk diberikan padanya.

Joao tidak berkahwin dan merupakan seorang pesara. Rutin hariannya ialah bangun seawal pukul 5.30 pagi setiap hari untuk membuka tingkap di dapurnya dan menunggu burung itu.

“Apabila ia hendakkan air, ia akan terbang berdekatan saya, burung itu tidak akan membenarkan saya perkara lain.

“Saya sukakan haiwan dan sentiasa meletakkan air gula untuk burung kelicap di kawasan belakang rumah, tetapi burung yang ini tidak bersifat pemalu.


“Saya cuba bercakap dengannya dan cuba dekat, ia tidak mempedulikan saya sebaliknya hanya mahu meminum air gula itu,” katanya memetik ceritanya yang dipaparkan di laman web Oddity Central.

Menurut Joao, beliau tidak pelik dengan kelakukan unik burung itu kerana sebelum ini ia sudah dibiasakan dengan kehadiran manusia sejak masih kecil.

Sejak memuatnaik video itu, Joao dihujani “Likes” dan permintaan untuk menjadi rakan di Facebook sehingga membuatkan beliau tidak ‘menang tangan’ untuk membalas semuanya.

“Saya tidak mampu nak menjawab semua permintaan, saya hanya tutup mata dan menerima semuanya,” katanya.

Bagaimanapun, Joao menyedari bahawa hubungan istimewanya dengan burung kelicap itu tidak akan kekal lama.

Burung itu kini semakin membesar dan akan mencari sumber air dan makanan di tempat lain. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori