Kerana suara pelik dan lucu yang keluar daripada wartawan lokasi yang membuat lintas langsung, dua orang pembaca berita Korea Selatan gagal menahan ketawa mereka sekaligus terlepas gelak ketika siaran berita berlangsung.
Biarpun bahasa Korea yang dituturkan tidak difahami, berkemungkinan ada kesilapan yang dilakukan oleh wartawan wanita yang membuat lintas langsung berkenaan sehingga mencetus kelucuan.
Video itu dimuatnaik di laman perkongsian video YouTube pada 15 Oktober lepas dan kini ia menjadi viral di laman sosial di Malaysia.
Sebaik kedua-dua pembaca berita itu mula ketawa, pihak penerbitan bertindak menghentikan siaran dan mungkin menyiarkan slot iklan.
http://youtu.be/CPFWyp5kpMM
Sememangnya, menjadi pembaca berita adalah amat sukar untuk seseorang itu menahan rasa untuk ketawa jika ada perkara lucu berlaku ketika siaran langsung.
Tidak diketahui apakah yang berlaku kepada kedua-dua pembaca berita berkenaan selepas kejadian itu. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IBNU KÂÂ