Susulan video seks melibatkan lelaki berwajah mirip dirinya yang menjadi viral sekarang, penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) mengambil pendekatan mengunci mulut.
Mengetahui wartawan sedang memburunya untuk mendapatkan komen berhubung isu sensasi ini, UAI bertindak mengelak diri dengan keluar dari pintu belakang Masjid Taqwa, Kuala Terengganu semalam.
Beliau seterusnya bergegas ke rumah salah seorang penduduk berdekatan yang dikawal rapi oleh penyokongnya dan Unit Amal Pas Kawasan Batu 6. Di sini pihak media tidak dibenarkan masuk dan diarahkan beredar.
Tindakan tersebut membuatkan wartawan yang lama menunggu sehingga selesai solat Isya’ untuk bertemu UAI tidak dapat berbuat apa-apa melainkan melaporkan kepada editor penerbitan masing-masing bahawa penceramah tersebut ‘melarikan diri’ dan enggan memberi komen.
Video aksi seks didakwa melibatkan UAI dan isteri mudanya hangat diperkatakan sehari dua ini apabila ia disebarkan di laman-laman sosial.
Bagaimana pun semalam, pembantu UAI, Zulkifli Wahab mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa video seks yang tersebar itu  tidak benar.
ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan… Jangan Percaya Video Itu” – Pembantu Ustaz Azhar Idrus
Zulkifli mendakwa, ia adalah satu usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba menggagalkan penyebaran dakwah di kalangan umat Islam di negara ini. – mynewshub.cc