Kontroversi kisah cinta antara Alvin Tan dan Vivian Lee diketahui umum oleh rakyat Malaysia gara-gara selepas beliau mempersendakan umat islam pada bulan ramadhan tahun lalu.
Kini, hubungan cinta itu bakal berakhir apabila penulis blog lucah, Vivian Lee seakan pasrah ditinggalkan kekasihnya yang telah melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS).
Melalui catatan terbaharunya di laman facebook, Vivian meluahkan perasaan dengan menyifatkan Alvin sebagai lelaki yang tidak bertanggungjawab dan sudah melupakan dirinya.
“Kamu meninggalkan saya tanpa sebarang berita. Kamu juga tidak menjawab sebarang mesej serta pesanan yang dihantar.
“Hubungan kita berakhir sampai di sini. Kamu terlalu melampau dan menyebarkan pelbagai fitnah terhadap saya,” kata Vivian dalam laman Facebooknya lagi.
Vivian melalui kata-katanya dilihat jelas kecewa dengan sikap Alvin Tan yang tidak menghiraukan dirinya lagi dan memberi pelbagai penderitaan setelah Alvin meninggalkan negara begitu sahaja.
Malah, ada laporan mengenai Alvin yang sanggup menuduh Vivian di laman facebook memberitahu Vivian sebenarnya terlibat dalam penawaran khidmat seks .
Bagaimanapun, tuduhan Alvin itu mendapat reaksi penguna laman sosial yang menasihati Vivian supaya meninggalkan lelaki yang tidak menghargai cintanya itu.
Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 26, dan teman wanitanya, Vivian Lee atau Lee May Ling, 25, didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 setelah memuat naik satu penerbitan bersifat kontroversi di laman Facebook pada bulan ramadhan tahun lepas.
Moga-moga Vivian belajar daripada kesilapan yang lalu dan bangkit untuk meneruskan hidup. -MYNEWSHUB.CC
Isteri Buat Laporan Polis ‘Zakar Suami Terlalu Besar’-KLIK
Oleh : Farah R