Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Lawan Derita Hantar Anak...

MELAKA - Kasih ibu membawa ke syurga. Itulah ungkapan sesuai bagi menggambarkan pengorbanan...

Boy Tiger Didakwa Bunuh...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Boy Tiger' dihadapkan ke Mahkamah...

Pekerja Pasar Raya Didakwa...

PETALING JAYA - Seorang pekerja pasar raya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret...

39,416 Rumah Mampu Milik...

PUTRAJAYA - Pembinaan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) dan Perumahan Penjawat Awam...

Wang Zakat Tidak Dibelanjakan Sewenang-Wenangnya

PUTRAJAYA – Wang zakat Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) tidak dibelanjakan sewenang-wenangnya, malah setiap sen yang digunakan mendapat kelulusan Jawatankuasa Syarak majlis berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan demikian bagi menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa wang zakat tidak diagihkan sebaik-baiknya memandangkan masih ada pihak yang layak tetapi tidak menerima bantuan.

Beliau berkata kutipan yang diperolehi daripada pelbagai pihak diperuntukkan kepada golongan yang memerlukan serta dibelanjakan untuk kebajikan rakyat.

“Anda semua kena yakin, setiap sen perbelanjaan itu kita tidak akan belanja sewenang-wenangnya melainkan dibenarkan daripada Jawatankuasa Syarak,” katanya semasa berucap pada majlis penyerahan zakat koperasi 2014 kepada PPZ-MAIWP di sini hari ini.

“Di Wilayah Persekutuan sendiri kira-kira 20,000 orang menerima bantuan bulanan yang dimasukkan dalam akaun mereka. Selain itu kita turut mengambil kira keperluan golongan yang memerlukan rawatan untuk hemodialisis, mata, pusat bersalin berisiko rendah dan sebagainya.

Menurutnya orang ramai perlu terus menjadi mata dan telinga MAIWP untuk memaklumkan mana-mana pihak yang memerlukan bantuan zakat dengan menghubungi talian bebas tol 1 800 88 5222 atau talian hotline 012-5183 614 atau 012-5127614.


Pada majlis itu Jamil Khir turut menyaksikan 10 koperasi menyerahkan zakat perniagaan 2013 bernilai kira-kira RM2.3 juta menerusi wakil-wakil koperasi kepada Pengerusi PPZ-MAIWP Datuk Che Mat Che Ali.

Koperasi terlibat ialah Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad, Koperasi Permodalan Felda Berhad, Koperasi Koguma Berhad, Koperasi Tenaga Nasional Berhad, Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad.

Koperasi Kakitangan Felda Malaysia Berhad, Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional Berhad, Koperasi Pekerja-pekerja Jabatan Perdana Menteri Berhad, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad dan Koperasi Staff CIDB Malaysia Berhad.

PPZ-MAIWP dalam satu kenyataan yang diedarkan pada majlis itu berkata jumlah kutipan zakat menerusi koperasi bagi tempoh Jan hingga Sept 2013 berjumlah RM1.56 juta melibatkan pembayaran daripada 35 koperasi.

“Untuk tempoh yang sama tahun ini, statistik pembayaran zakat perniagaan koperasi adalah RM6.48 juta, meningkat 315 peratus daripada tahun sebelumnya dengan bilangan koperasi yang membayar ialah 42,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori