Dengan hanya menyeret beg bertayar serta menggunakan kenderaan awam seperti teksi dan perkidmatan tren, wanita ini mampu menjana pendapatan sebanyak USD25,000 (RM81,383) sehari. Wow!
Inilah realiti bagi seorang wanita bernama Francesca Sparvoli yang perlu bekerja selama 6 ke 7 hari seminggu untuk menghantar cendawan yang ‘semurah’ USD750 (RM2442) bagi 1 Pound.
Sedikit info mengenai Cendawan Truffle, kebanyakan Truffle tumbuh dalam tanah di celah-celah akar pokok supaya ia memperoleh sumber nutrien daripada pokok tersebut.
Terdapat dua jenis truffle iaitu yang berwarna putih dan berwarna hitam. Truffle yang berwarna hitam sememangnya sangat mahal berbanding putih dan dikatakan sekilogram cendawan ini boleh mencecah ribuan ringgit.
Oleh kerana tumbuhan ini tumbuh jauh dalam tanah, ia menyukarkan proses untuk mencarinya.
Maka khidmat khinzir dan anjing terlatih digunakan kerana deria bau bagi kedua-dua binatang ini sangat tajam.
Perkara ini akan membuatkan ia haram dimakan oleh orang Islam sekiranya cendawan tersebut digali atau dicari oleh anjing/khinzir disebabkan oleh air liurnya.
Berbalik kepada kisah Francesca Sparvoli, perubahan iklim dan persekitaran menyebabkan pengeluaran cendawan Truffles di Kota New York merosot dengan banyak sekali sejak kebelakangan ini.
Tambahan pula usaha untuk membiakkan cendawan ini secara komersial masih gagal meskipun berbagai kajian dan R&D telah dijalankan.
Jom kita lihat bagaimana Francesca melalui rutin sehariannya sebagai “The Truffle Lady of New Yorkâ€Â.
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC