Aneh dan jijik, namun itu yang dihadapi oleh seorang wanita, Lisa dari daerah Detroit, Michigan, Amerika Syarikat.
Wanita berusia 43 tahun ini menghadapi ketagihan yang luar biasa, iaitu memakan bulu kucingnya semenjak 15 tahun lalu.
Dia membuat pengakuannya itu dalam satu temu bual dengan sebuah rancangan, My Strange Addiction di saluran TLC.
Menurut wanita tersebut, setiap hari dia akan mengumpulkan bulu kucing di sekitar apartment, termasuk di lantai dan belakang sofa bagi memuaskan nafsu peliknya itu.
Walaupun begitu, menurutnya bulu kucing yang paling sedap adalah dari tubuh kucing dan bukan yang telah gugur.
Pengakuan Lisa bertambah pelik apabila dia mengakui yang dia memanjakan kucingnya seperti seekor ibu kucing, dengan menjilat keseluruhan tubuh haiwan tersebut, namun bukan di kawasan sulit dan kuku.
Dia percaya, tindakannya itu dapat mengeratkan hubungannya dengan kucing dan memakan bulu haiwan peliharaannya mampu memberikan ketenangan.
Dia menjelaskan, prosesnya ‘menikmati’ bulu kucing adalah dengan mencuitnya sedikit lalu memasukkan ke dalam mulut, mengunyah, mengeluarkannya kembali dan memasukkan kembali ke dalam mulut.
Tambahnya, proses tersebut boleh disamakan dengan aktiviti mengunyah gula-gula getah.
Kini, ketagihan luar biasanya telah mengakibatkan beliau sudah memakan 3200 biji bebola yang dibentuk menggunakan bulu kucingnya. – MYNEWSHUB
Oleh : IZZAT MOHD ANUAR