Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hampir Seluruh Kuala Lumpur...

TIADA pertambahan zon merah setakat ini dan Lembah Pantai masih menjadi kawasan tertinggi...

Besar Sangatkah Agenda Kewarganegaraan...

KUALA LUMPUR - Pertemuan dua menteri, dua timbalan menteri dan dua ahli Parlimen...

Kekasih Tolak Perkahwinan, Wanita...

AMPANG JAYA: Berang kekasih enggan berkahwin, seorang wanita dipercayai mencuri pelbagai barangan rumah...

Polis Sahkan Pembantu Najib...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh...

Wanita Lepas Geram Pada Mesin ATM

GUANGDONG – Gagah betul wanita ini, kalau tidak masakan dia mampu membongkarkan mesin ATM satu persatu dengan menggunakan tangan sahaja.

Kejadian berlaku di sebuah pusat beli belah di Dongguan apabila wanita itu yang marah kerana tidak dapat mengeluarkan duit dari mesin berkenaan, telah bertindak membongkarkan mesin itu dalam masa beberapa minit sahaja.

Perbuatan ekstrem itu kemudiannya berjaya menarik perhatian ramai.

atm

Malah tiga orang pengawal keselamatan turut berada di situ namun tiada seorang pun menghalang wanita berkenaan daripada merosakkan mesin tersebut.


Sambil membongkahkan mesin itu, dia turut berleter kerana marah tidak dapat mengeluarkan wang.

Selepas habis mesin itu dibuka, dia kemudiannya berdiri sahaja di situ seolah-olah tiada apa yang berlaku sebelum dibawa ke balai polis.

Dalam pada itu, seorang jurucakap bank berkata, kemungkinan mesin berkenaan sudah lama justeru ia memudahkan wanita itu membukanya satu persatu.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori