Republik Dominica – Agaknya berapa besar perut wanita ini, jika tidak takkan dia dapat menyeludup $70,000 dolar wang tunai dalam perutnya.
Suspek, yang berusia 40 tahun dan tidak didedahkan namanya ini ditangkap oleh polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Punta Cana, di sini.
Wang tunai dalam 16 kapsul itu dimasukkan ke dalam perutnya dengan setiap satu kapsul mengandungi wang tunai sebanyak $4,375 dolar.
Pada masa sama wang tunai sebanyak $69,000 lagi disembunyikan dalam beg bajunya.
Wang tersebut dipercayai hasil pengedaran dadah.
Wanita itu yang juga individu pertama dikesan menyeludup wang dalam perut, kini ditahan di lokap.
Tidak diketahui bagaimana pihak berkuasa berjaya mengesan taktik penyeludupan wang tunai berkenaan.