Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Khalid Mahu Saman Najib,...

SHAH ALAM - Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad akan mengambil tindakan...

Akaun Instagram Ibu Zayn...

SHAH ALAM - Berita mengenai penahanan ibu bapa kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan...

Izzah Dakwa Guru Hanya...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mendakwa...

Penyiapan Projek TRX Suntik...

PUTRAJAYA – Langkah kerajaan memberi suntikan dana sebanyak RM2.8 bilion serta keputusan meneruskan...

Wanita Tinggal Di KFC Selama Seminggu Kerana Putus Cinta!

Kekecewaan ditinggalkan kekasih hati sememangnya pedih dan perit bagi yang pernah mengalami hingga boleh mendatangkan kemurungan berhari-hari lamanya.

Ini yang dirasai oleh seorang wanita dari Chengdu, China dengan mengambil keputusan ‘pelik’ untuk tinggal di sebuah restoran terkenal segera, KFC selama seminggu selepas ditinggalkan oleh teman lelakinya.

Tan Shen, 26, yang berada dalam keadaan murung selepas ditinggalkan oleh teman lelakinya keluar untuk mencari makanan bagi mengubati kesedihannya.

Dek kerana memerlukan ‘masa untuk berfikir’ akan kehidupannya, wanita tersebut akhirnya membuat keputusan untuk tinggal di KFC.

1413988585975_wps_14_Pic_shows_Tan_Shen_who_wa 1413988562983_wps_12_Pic_shows_Dumped_Tan_Shen tan-shen-1024

Kata Tan, dia tidak mahu pulang ke rumahnya gara-gara rumah itu penuh dengan kenangan dan memori manis bersama bekas teman lelakinya itu.


Seorang pekerja KFC, Jiang Li Lung, 22 yang perasaan kehadiran wanita di premis makanan 24 jam ini sempat menyoal sama ada Tan memerlukan sebarang bantuan. Namun Tan hanya menjawab dia perlukan masa dan akan memesan ayam dan kentang goreng setiap hari.

Akhirnya Tan yang bosan memakan ayam setiap hari selama seminggu membuat keputusan untuk pulang ke rumah dan segera berjumpa ibu bapanya.

Nampaknya Tan berusaha melupakan kesedihannya, baguslah Tan usah dikenang-kenang lagi yer! – MYNEWSHUB.CC

Oleh : FARAH RADZI

  • Lagi berita berkaitan:
  • KFC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori