Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ringgit Dibuka Rendah Banding...

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini...

Bicara Kes AMLA Dan...

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang dihadapi oleh...

2 Lelaki Samun Kedai...

KUALA LUMPUR - Dua lelaki yang menjalankan kegiatan samun bersenjata di beberapa buah...

Tak Mahu Kecewa Lagi,...

SERING gagal dalam percintaan membuatkan penyampai radio Zulin Aziz mengakui bahawa dia bukanlah...

Warga Laos Maut Motosikal Masuk Parit

NILAI – Seorang warga Laos maut manakala rakan senegaranya cedera selepas motosikal dinaiki mereka terbabas ke dalam parit sedalam tiga meter di Taman Semarak di sini, hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira 1.15 pagi itu, warga Laos itu yang dikenali Nolasing, 22, meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), menurut jurucakap polis.

Katanya, rakannya Khambounyo, 21, yang membonceng motosikal itu hanya mengalami cedera ringan.

Sementara itu, seorang penunggang motosikal, Mohd Khairul Mohd Nor, 22, putus kaki kanan setelah digilis sebuah lori muatan pasir di Jalan Jelebu, Seremban iaitu berhampiran pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, pada pukul 7 pagi ini.


Jurucakap polis berkata rakannya Akmar Hanum Roslan, 20, yang merupakan pembonceng cedera parah dan dihantar ke HTJS.

Katanya kemalangan itu berlaku apabila Mohd Khairul cuba memotong sebuah lori di hadapannya tetapi gagal, lalu motosikalnya masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori pasir itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori