Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bakar Anjing Hidup-Hidup Hanya...

SEORANG lelaki yang telah membakar anjingnya hidup-hidup hanya dikenakan denda RM1,400, sekali gus mencetuskan...

Wanita Berusia 29 Tahun...

Baru sahaja berusia 29 tahun, seorang wanita yang mempunyai dua anak bakal menjadi...

Rayuan Terakhir Kes Liwat...

PUTRAJAYA - Rayuan terakhir Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan hukuman...

10 Lelaki Cuba Rompak...

LAHAD DATU - Sebuah bot tunda yang membawa muatan minyak sawit dari Felda...

Waris Mangsa Letupan Bom Bukit Bintang Tuntut Mayat Hari Ini

ANGGOTA  keluarga mendiang Tong Kwong Yie  yang maut dalam serangan bom tangan di hadapan sebuah kelab malam, Sun Complex, Bukit Bintang semalam, dijangka menuntut mayatnya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, hari ini.

Tinjauan Bernama di sekitar Institut Perubatan Forensik Negara di HKL di sini, mendapati anggota keluarga Tong, 36, masih menunggu di sana sejak 10 pagi tadi.

Bagaimanapun, media tidak dibenarkan memasuki perkarangan bilik mayat HKL dan diminta menunggu di bahagian luar.

Proses bedah siasat dijangka diselesaikan hari ini, namun anggota keluarga enggan ditemu bual media.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng berkata setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat mahupun suspek dikenal pasti.

“Polis masih menjalankan siasatan terperinci,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, jurucakap HKL berkata empat mangsa iaitu seorang warga tempatan dan tiga warga asing kini dirawat sebagai pesakit luar.

Semalam, seorang pekerja joki kereta maut dan 12 lagi cedera termasuk pelancong asing, dalam serangan bom tangan dipercayai melibatkan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap di hadapan sebuah kelab malam, Sun Complex, Bukit Bintang.

Ia dipercayai kejadian serangan bom pertama di pusat hiburan di negara ini.

Sehingga kini, mangsa yang cedera merupakan enam rakyat tempatan, seorang lelaki warga Thailand, seorang lelaki rakyat Singapura dan empat wanita dari China. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: CRIMEBUSTERZ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori