PENGURUSAN taman tema Wetworld menafikan khabar angin yang tersebar di laman sosial kononnya taman tema itu dijangkiti virus mengakibatkan sekumpulan kanak-kanak dimasukkan ke hospital.
Katanya, penyebaran berita palsu dilakukan semata-mata untuk menjatuhkan imej taman tema yang terletak di bandaraya Shah Alam, Selangor itu.
“Pihak pengurusan taman tema itu berkata ia tidak pernah menerima sebarang laporan tentang kes berkenaan mendakwa virus yang dijangkiti murid-murid terbabit telah menyebabkan jari tangan bertukar hitam, terpaksa dipotong dan mulut pula melepuh,” kata jurucakap taman tema itu.
Dalam kenyataan medianya kepada Astro Awani itu juga, susulan dari penyebaran berita itu, pihaknya membuat laporan polis dan menghubungi beberapa hospital di sekitar Lembah Klang bagi tujuan pengesahan.
“Taman tema ini sama sekali tidak mendatangkan risiko untuk jangkitan tersebut dan pihak pengurusan telah pun mendapat mendapat pengesahan dari hospital bahawa tiada pesakit mereka yang mati mahupun terkena jangkitan.
“Pengunjung tetap taman itu berasa terkejut dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu terbabit,” kata jurucakap tersebut.
Selain itu, jurucakap itu turut menggesa orang awam supaya berhati-hati dengan khabar angin seperti itu dan segera melaporkannya di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) kerana mereka menyifatkan ianya laporan palsu.
Sebelum ini juga, terdapat khabar angin menyebut seorang pengguna Facebook yang mendakwa rakannya telah meninggal dunia seminggu selepas mengunjungi taman tema tersebut akibat jangkitan air yang dicemari kencing tikus. :-MYNEWSHUB.CC
Oleh: SYA