Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Maybank Akan Kembangkan Aplikasi...

KUALA LUMPUR - Maybank Bhd merancang untuk mengembangkan penggunaan aplikasi yang baru dilancar,...

KDN Kenal Pasti Kaedah...

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mengenal pasti kaedah terbaik untuk...

Qunut Nazilah Jumaat Ini...

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta semua masjid dan surau mengadakan...

Pos Korea Berjaya Buat...

SEOUL - Pos Korea pada Selasa telah menggunakan sebuah dron untuk menghantar satu...

Yana Samsudin Tunggu Adik Farid Kamil Ajak Kahwin

Bakat dan kemampuan Yana Samsudin memang tidak dapat disangkal dalam industri seni, lihat sahaja kini dia mampu mengemudi syarikatnya sendiri iaitu Yanasuperfriend Talent.

Pada usianya yang menginjak 29 tahun ini ramai yang ingin mengetahui bila pelakon wanita ini ingin menamatkan zaman solonya lagi-lagi dengarnya artis ini sudah lama berkawan rapat dengan adik kepada aktor terkenal, Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari.

5

Usia perkenalan mereka yang sudah mencecah 5 tahun ini boleh dianggap tempoh yang lama namun Yana memberitahu dia hanya berserah tentang jodohnya.

Memetik petikan Sinar Harian, Yana Samsudin memberitahu, “Kami masih berkawan baik cuma sebagai perempuan saya cuma mampu menunggu dan terus menunggu.

“Apabila sampai masanya, saya akan beritahu kepada semua. Lagipun perkara baik seperti ini pasti menggembirakan keluarga dan peminat saya juga,” kata pelakon Wawa Semput ini.

6


Yana Samsudin mengakui turut menyerahkan semuanya kepada Fadzil mengenai hubungan mereka.

HUBUNGAN CINTA TERLALU LAMA TANPA IKATAN NIKAH BUATKAN INTAN LADYANA TINGGAL KAMAL ADLI? KLIK UNTUK BACA KISAH SENSASI INI!!

Pelakon yang tidak lekang dengan senyuman ini memberitahu dia hanya mengimpikan perkahwinan yang sederhana.

yana

“Kalau boleh, saya tidak mahu majlis tunang dan sebagainya sebaliknya terus bernikah,” katanya yang merupakan duta produk jenama Super.

Kami doakan semoga Yana Samsudin dipercepatkan jodoh dan bahagia bersama pilihan hatinya. MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori