SAN FRANCISCO – Perkhidmatan video dalam talian popular, YouTube milik Google Inc (Google) merancang untuk menawarkan iklan percuma versi berbayar, demikian menurut pengurus laman berkenaan.
Langkah ini akan memberi perubahan yang signifikan kepada laman web video online secara percuma nombor satu dunia itu untuk menyiarkan iklan komersial pendek bagi menarik lebih satu bilion pengguna sebulan.
“Tidak akan menjadi masalah di mana ada orang akan berkata ‘saya tidak mahu melihat iklan atau saya ingin merasai pelbagai jenis pengalaman’,” kata Susan Wojcicki, Naib Presiden Kanan Google yang mengetuai perniagaan YouTube pada persidangan teknologi Code/Mobile di Half Moon Bay, California, semalam.
Wojcicki yang dilantik mengetuai Youtube pada Februari lalu selepas beberapa tahun mengemudi perniagaan pengiklanan berbilion dolar Google, berkata perkhidmatan video berbayar itu adalah rancangan ‘jangka pendek’ dengan syarat tertentu termasuk jumlah langganan yang akan dibayar.
Pada Mei 2013, YouTube melancarkan satu program perintis yang membolehkan pencipta kandungan individu untuk mengenakan yuran langganan pengguna bagi mengakses saluran dan video tertentu.
Wojcicki menjelaskan ia akan menjadi perkhidmatan langganan yang lebih luas di mana pengguna akan membayar untuk mengakses versi percuma daripada koleksi video di YouTube.
“Kami baharu saja memulakan proses itu. Tetapi jika anda lihat penggunaan di media massa ketika ini, kebanyakan mereka mempunyai kedua-dua fungsi iklan dan langganan,” katanya. – Reuters