Awal pagi tadi, laman sosial dan aplikasi Whatsapp menjadi panas tiba-tiba apabila banyak pihak bercakap tentang gambar mesra yang dikatakan milik Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan calon PRK Telok Intan, Dyana Sofya.
ARTIKEL BERKAITAN: PANAS! Gambar Intim Didakwa ‘Putera Puteri’ Melayu DAP Tersebar
Namun, ketika dihubungi Sinar Harian online, figura yang juga anak tiri kepada bekas Menteri Pelajaran Malaysia Pertama, Tan Sri Mohamed Khir Johari ini menafikan sekeras-kerasnya individu tersebut adalah dirinya.
“Saya tak nak komen sangat isu bebal macam ini, cuma hendak cakap politik longkang di Malaysia semakin teruk.”
Ujarnya lagi kepada akhbar berkenaan, beliau tidak menolak untuk mengambil tindakan mahkamah kepada pihak yang menyebarkan gambar berkenaan dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai fitnah untuk merosakkan kariernya sebagai pemimpin Melayu dalam DAP.
Ulasnya lagi menerusi SMS, “Bukan kali pertama difitnah atau menjadi mangsa, sudah tiada isu lain hendak main.”
Gambar yang tersebar sebanyak sembilan keping menunjukkan aksi intim didakwa menyerupai Zairil dan Dyana dalam posisi berpelukan sama ada berpakaian secara formal mahupun tidak formal di beberapa lokasi termasuk kereta dan kawasan umum.
Gambar tersebut kini menjadi topik utama di laman blog, malah ada pihak mencabar kedua-dua ahli politik DAP tersebut tampil menafikannya. – MYNEWSHUB
Oleh : IZZAT MOHD ANUAR
sumber