Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Annuar Musa Dedah Plot...

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata Tun Dr...

Guatemala Pindah Kedutaan Ke...

PRESIDEN Guatemala berkata negara tersebut akan memindahkan kedutaan besarnya di Israel ke Baitulmaqdis. Keputusan...

Aaisyah Malu Dengan Zul...

ANAK perempuan kesayangan pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah...

Kanak-Kanak 3 Tahun Maut...

BUTTERWORTH - Sepasang suami isteri kehilangan anak lelaki mereka yang berusia 3 tahun...

Victoria’s Secret Ubah Slogan Seksis

LONDON – Kontroversi iklan terbaharu Victoria’s Secret akhirnya memaksa pengeluar pakaian dalam wanita terkemuka dunia itu menukar slogannya sebelum ini yang terlalu seksis, The Perfect Body menjadi A Body for Every Body, lapor akhbar Britain semalam.

Iklan yang disiarkan kebanyakan akhbar ternama itu baru-baru ini mendapat kecaman pelbagai badan wanita Britain sebagai tidak realistic seumpama menggambarkan bahawa tubuh sempurna adalah mesti seperti milik model-model jelita menerusi iklan itu.

“Saban hari, slogan pada iklan sebegini menyebabkan wanita berbadan gemuk atau tidak menarik akan berasa amat malu seolah-olah jika mahu kelihatan seksi, mesti memiliki tubuh badan seperti model terbabit,” kata seorang pelajar, Gabriella Kountourides, 22 tahun.

Dia dan rakannya; Laura Ferris dan Frances Black, kemudian membuat petisyen antarabangsa mendesak Victoria’s Secret mengubah slogan itu yang kini ditandatangani lebih 29,000 orang dari seluruh dunia dan perintah injunksi sekatan penyiaran mesej komersial itu.

Iklan kontroversi Victoria’s Secret kali ini menampilan 10 model jelita antarabangsa seperti Lily Aldrige, Behati Prinsloo dan Jasmine Tooks dalam posisi berdiri sambil separuh bogel dengan hanya memakai coli dan seluar dalam rekaan terbaharu syarikat tersebut.

Iklan baharu dengan slogan ditukar kepada ‘A Body For Every Body’.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori