Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Buat Pilihan Atas Kewarasan...

KUALA LUMPUR - Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menasihati rakyat agar membuat...

10 Perkara Yang Jadi...

BERIKUT adalah senarai 10 perkara yang harus dimiliki rakyat di negara ini dan...

Rakaman CCTV Dedah Bapa...

ANAK perempuan seorang pesakit demensia yang dipukul dan ditarik oleh penjaganya meluahkan rasa...

Kerajaan Tetap Kawal, Pantau...

KEMAMAN - Kerajaan akan tetap mengawal dan memantau penyebaran maklumat di internet bagi...

1 Maut, 2 Cedera Nahas Di Lebuhraya Seremban-PD

PORT DICKSON – Seorang maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua Proton Iswara di KM27.1, Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), dekat sini, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, DSP Zulkifli Adamsah, berkata dalam kejadian pada 6.45 pagi itu, kereta yang dipandu V Bathmanathan, 36, dari arah Seremban menghala ke Port Dickson terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelah kiri.

“Sebuah lagi kereta dari arah sama telah melanggar kereta mangsa…akibat daripada pelanggaran itu, Bathmanathan yang cedera parah di kepala dan badan, mati di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.

Zulkifli berkata, rakan mangsa, MN Nagaraj, 27, yang cedera ringan di muka menerima rawatan di Hospital Port Dickson.


Pemandu sebuah lagi kereta, Muhammad Hazim Amiril, 24, seorang anggota tentera, patah paha kanan dan dua tulang rusuk turut menerima rawatan di hospital sama, katanya.

Menurut beliau, pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua kenderaan terlibat remuk di bahagian hadapan.

Sepasukan enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori