Jalopnik, sebuah laman popular mengenai kereta telah menyenaraikan 10 negara paling mahal untuk membeli kereta di dunia dengan membuat perbandingan harga kereta Toyota Prius di Amerika Syarikat dengan negara- negara lain di seluruh dunia.
Ia turut dinilai berdasarkan pendapat daripada rakyat di negara-negara terbabit.
Buat pengetahuan anda, Toyota Prius bukanlah kategori kenderaan mewah di Amerika Syarikat, tetapi ia menjadi pilihan kenderaan berkeluarga di negara-negara Asean.
Senarai yang dikeluarkannya agak mengejutkan kerana tempat pertama hingga ketiga diterajui negara-negara Asia Tenggara.
Harga yang perlu dibayar untuk memiliki kereta jenis ini oleh rakyat negara-negara tersebut adalah 3 hingga 5 kali ganda berbanding harga di Amerika Syarikat.
Jom lihat senarai-senarai negara paling mahal untuk membeli kereta.
10. Cuba
9. Korea Utara
8. Saint Kitts And Nevis
7. London
6. Brazil
5. China
4. Nicaragua
3. Indonesia
2. Malaysia
1. Singapura
Menurut Ketua Esekutif Institut Automotif Malaysia, M.Madani, harga kereta di Malaysia adalah antara yang berdaya saing di rantau ini dan tidak ada hubungan langsung dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Berdasarkan kajian Institut Automatif Malaysia pula, harga kenderaan adalah kompetitif dan lebih rendah dari negara maju, termasuk Singapura.
Sumber: Jalopnik, AWANI
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC