Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Keputusan Sama Ada Panggil...

PETALING JAYA - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 14 Oktober untuk...

Pengasas Bersama Microsoft Meninggal...

PAUL Allen yang juga pengasas bersama Microsoft dengan rakan sejak kecilnya, Bill Gates...

GAMBAR : Hujan Lebat,...

Hujan lebat yang melanda ibu negara kira-kira dua jam hari ini telah menyebabkan...

Rutin Cikgu Erin Setiap...

KUALA LUMPUR - Pemberian makanan kepada golongan gelandangan mungkin bagi segelintir orang, ia...

Pelajar Berhati Mulia Tawar Dobi Percuma Untuk Gelandangan

Akibat keperluan hidup seperti  makanan lebih utama, maka sesetengah individu terutama gelandangan, terpaksa melupakan rutin lain antaranya mendapatkan perkhidmatan mencuci pakaian.

Walau bagaimanapun, dua pelajar berhati mulia dari sebuah universiti di Brisbane cuba memberi sedikit kegembiraan buat golongan tidak berumah untuk mendapatkan kehidupan lebih selesa.

Mereka memulakan perkhidmatan yang dinamakan ‘Orange Sky Laundry’, khas untuk gelandangan mendapatkan servis mencuci baju secara percuma!

Lucas Patchett dan rakannya, Nicholas Machesi, 20, mendapat inspirasi memulakan aktiviti mereka itu ketika menyertai satu lawatan ke luar negara.

Apabila pulang, mereka terus sepakat memulakan program ini dengan mendapatkan sebuah van lama, serta dua buah mesin basuh dan dua buah pengering yang didermakan.

Namun, bukan mudah untuk memasukkan keempat-empat buah mesin tersebut ke dalam van. Ujar Lucas, arkitek yang membantu mengubah suai van tersebut terpaksa melakukan sedikit modifikasi bagi memuatkan kesemua mesin.

“Kami masih berada dalam peringkat pengenalan, bila terjumpa orang luar, mereka akan bertanya, ‘apa sedang berlaku?’. Namun ia semakin tersebar dan kami mendapat banyak reaksi positif.”

Tambahnya lagi, perkhidmatan mencuci baju di Brisbane adalah sekitar $5 hingga $6 (RM 14 – RM15) dan ia merupakan kos yang mahal buat seorang individu yang tidak memiliki rumah.


Orange-Sky-Laundry3

Oleh itu, perkhidmatan yang ditawarkan oleh ‘Orange Sky Laundry’ adalah percuma untuk hampir 300 gelandangan di sekitar bandar tersebut.

Van itu kini berada dalam fasa percubaan dan telah menjelajah ke enam kawasan di sekitar daerah Brisbane setakat ini.

Ujar Lucas, “Saya dan rakan berpegang kepada prinsip berbuat baik seperti mana ingin individu lain melayan anda, serta membantu orang lain. Setiap individu inginkan pakaian yang bersih, bukan?”

Ya, buat anak-anak muda, sepatutnya mereka mencontohi tindakan mulia seperti Lucas dan Nicholas. Walaupun masih belajar, namun mereka tidak lupa pada tanggungjawab sosial. Bukannya membuang masa dengan merusuh mahupun merempit! – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori