Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Indonesia Tingkat Kawalan Ancaman...

HANOI - Polis Indonesia meningkatkan langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan serangan militan yang menyasarkan...

Malaysia Kekal Posisi 161...

KUALA LUMPUR - Ketiadaan aksi persahabatan antarabangsa menyaksikan skuad Harimau Malaysia kekal pada...

5 Suspek Warga Tempatan...

KULIM - Polis mengklasifikasikan kes serang dan tetak yang bermotifkan samun ke atas...

Guna Telefon Bimbit Memandu...

PUTRAJAYA - Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati kebanyakan pemandu...

12.2j Rakyat Syria Perlukan Bantuan Kemanusiaan – PBB

NEW YORK – Dianggarkan 12.2 juta rakyat Syria memerlukan bantuan kemanusiaan berikutan meningkatnya keganasan dan keadaan tidak menentu di negara itu.

Jumlah itu meningkat lebih tinggi berbanding 10.8 juta pada Julai lalu, demikian menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

Ketua Bantuan Kemanusiaan PBB, Valerie Amos, memberitahu Majlis Keselamatan PBB bahawa penyaluran bantuan dari Turki dan Jordan ke kawasan dikuasai pemberontak di Syria tanpa kelulusan kerajaan berjaya membantu menangani masalah itu.

Sehubungan itu, beliau menggesa Majlis Keselamatan agar melanjutkan program agihan bantuan menerusi sempadan yang tamat pada 9 Januari depan.


Amos memberi gambaran betapa buruknya keadaan di Syria – 40 peratus penyusutan ekonomi sejak 2011, satu pertiga penduduk hidup dalam kemiskinan, 50 peratus penurunan kehadiran ke sekolah, 7.6 juta pelarian dalam negara dan 3.2 juta pelarian di negara asing.

Beliau berkata, sejak wujudnya resolusi membenarkan bantuan dibawa menyeberangi sempadan, pasukan bantuan PBB berjaya memasuki empat kawasan sukar iaitu Aleppo, Idlib, Daraa, dan Quneitra. – AP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori