Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penduduk Mula Terima Faedah...

SEMATAN - Walaupun Projek Lebuh Raya Pan Borneo Jajaran Telok Melano-Sematan masih dalam...

22,000 Pesara Kerajaan Jadi...

KUALA LUMPUR: Seramai 22,000 pesara kerajaan direkodkan menjadi mangsa penipuan scammer yang menggunakan...

17 Individu Ditahan Dalam...

BAGAN SERAI - Seramai 17 orang termasuk dua wanita masing-masing warga Thailand dan...

Isu Kalimah Allah: PM...

MELAKA : Kebenaran penggunaan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab yang lain dalam...

12 Peserta Dipilih Bersaing Di Mentor Legend

SUBANG JAYA – Seramai dua belas peserta terbaik diumum bakal bersaing di pentas Mentor Legend yang bakal bermula pada Ahad, 16 November, pukul 9 malam di TV3.

Peserta-peserta tersebut dipilih melalui ujibakat yang dilakukan oleh enam mentor yang terdiri daripada Dayang Nurfaizah, Ajai, Mas Idayu, Ella, Zainal Abidin dan Amy Search.

Dua belas peserta tersebut ialah Azmil & Sandra (Dayang Nurfaizah), Fahmi & Mal Imran (Ajai), Paan & Daus (Mas Idayu), Aina & Putera (Ella), Wada & Nadeera (Zainal Abidin), Sarah & Amy (Amy Search).

Pemilihan itu diumumkan pada showcase Mentor Lagend yang diadakan di One City Mall, di sini, malam Sabtu.

Penerbitnya, Ahmad Saifulizam berkata, setelah dua tahun berehat Mentor Legend menerima lebih ramai bakat baharu yang datang pada uji bakat yang diadakan.

“Kali ini ramai yang datang pada ujibakat ini, dan mereka adalah muka-muka baru yang tidak pernah menyertai mana-mana program nyanyian lain.


“Selain itu, mereka juga sudah mempunyai pengikut yang ramai biarpun belum menjadi selebriti,” ujarnya.

Sementara itu, program Mentor Legend bakal dihoskan oleh pengacara Awal Ashaari, manakala Zuan Azmi dan Shiha Mentor bertindak sebagai pengacara bersama dan Jurnal Mentor Legend.

Mentor Legend masih mengekalkan format pemarkahan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS, dan 20 peratus daripada juri awam.

Program ini bakal bersiaran dengan tayangan perjalanan sesi ujibakat pada 16 November, pukul 9 malam di TV3.

Manakala, pentas pertandingan akan bermula pada 30 November yang akan bersiaran langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori