Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mayat Lelaki OKU Ditemui...

KUALA TERENGGANU - Mayat seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) ditemui terapung di...

Saman Fitnah Ismail Sabri:...

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur mengarahkan Datuk Lokman Noor Adam menjawab saman yang...

Penyanyi Yasin Sulaiman Sertai...

KUALA LUMPUR - Selepas gagal mencapai hasrat menumbangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib...

Bung Moktar Tawar Diri...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, menawarkan diri...

125,216 Syarikat Mendaftar Untuk GST Hingga Semalam

KUALA LUMPUR – Bilangan syarikat yang berdaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah 125,216 hingga 5 November, peningkatan sebanyak 2,497 berbanding sehari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Mengikut kenyataan jabatan itu, data berkenaan menunjukkan peningkatan berterusan syarikat yang mendaftar untuk GST sebelum tarikh akhir pada 31 Disember.

Kerajaan menyasar mendaftar 140,000 syarikat di bawah struktur baharu percukaian yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pelaksanaan GST tidak akan ditangguhkan.

Berdasarkan peningkatan syarikat berdaftar untuk GST setiap hari, beliau yakin sejumlah 200,000 syarikat dijangka mendaftar menjelang akhir tahun ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori