Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Rita Tak Peduli Digelar...

DITUDUH menjadi punca kepada masalah rumah tangga pelakon Aqasha, Rita Rudaini memberitahu bahawa...

JPAM N.Sembilan Lancar Ops...

SEREMBAN - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di Negeri Sembilan melancarkan 'Ops Bantu'...

Hefner Tawar Jual Playboy...

LOS ANGELES - Rumah Agam Playboy yang dikenali kerana penganjuran parti liar paling...

JPJ Sasar Pengambilan Baharu...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan pengambilan rekrut baharu apabila menawarkan...

Ini Bukan Gosip: Wak Doyok Jual Krim Jambang

Sebut sahaja nama Wak Doyok pastinya terbayang-bayang penampilan stylo beserta wajah berjambang dan misai melentik.

Daripada segi nama, popularitinya boleh dikatakan sehebat selebriti terkenal Malaysia hinggakan cerita tentang pemilik jenama The Garment ini turut diambil peduli oleh peminat seni tanahair.

Namun, bukan mudah untuk Wak Doyok atau nama sebenarnya, Tengku Muhammad Azwan Shah berada di tahap sekarang. Ikon fesyen lelaki Malaysia ini dahulunya pernah dicemuh masyarakat gara-gara penampilan yang dibawa.

Tetapi, berkat keyakinan tinggi terhadap diri sendiri, lihat sahaja bagaimana Wak Doyok kini kian dikenali hingga ditawarkan jadi duta produk, selain bergelar selebriti apabila diberi peluang jadi pengacara program TV dan berlakon.

10354378_770189169687333_464419718_n

Terbaharu, Wak Doyok juga bakal tampil dengan produk sendiri selepas ini.

Pasti ramai yang tertanya-tanya apalah agaknya produk itu kan? Ada kena mengena dengan fesyen ke…

Screen Shot 2014-11-13 at 10.32.34 PM

Jawapannya memang ada dan ia amat sinonim dengan Wak Doyok sendiri iaitu  krim jambang!


Menurut Wak Doyok, krim jambang tersebut merupakan resepi turun temurun “jawo embang lanang.”

Keberkesanannya tak perlu dipertikaikan lagi, lihat sajalah tuannya.

wakdoyoktrans

Malah, Wak Doyok turut berkongsi gambar-gambar transformasi wajahnya daripada tidak berjambang hingga bertukar jadi wajah sekarang dengan menggunakan krim tersebut.

Erm, jambu jugak rupanya muka Wak Doyok ni masa tak berjambang dulu kan?

Apa pun kalau krim itu laris, nampaknya ramailah lelaki-lelaki di Malaysia versi ala Wak Doyok lepas ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : KAKAK BUNGA

  • Lagi berita berkaitan:
  • krim

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori