Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

TPM Ucaptama Forum Kepimpinan...

KUALA LUMPUR – Forum Kepimpinan Muslim Dunia (WMLF) 2018 akan bermula di London...

Bekas Pekerja Resort Dihukum...

IPOH - Seorang bekas pekerja resort di Pulau Pangkor hari ini dijatuhi hukuman...

Shafie Serah Kepada Mahkamah...

SEMPORNA - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyerahkan kepada mahkamah...

PBNJ Kutuk Penyokong Ganggu...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ)  mengutuk tindakan segelintir penyokong Johor...

150 Kedai Harga Patut Di Iskandar Malaysia

JOHOR BHARU – Sebanyak 150 buah kedai harga patut akan diwujudkan dalam tempoh tiga tahun ini di beberapa lokasi Iskandar Malaysia menerusi penubuhan Koperasi Iskandar Malaysia.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata penubuhan koperasi yang diumumkan pada pembentangan Bajet Johor 2015 baru-baru ini, adalah usaha kerajaan negeri membantu rakyat menangani kos sara hidup.

“Koperasi Iskandar Malaysia yang akan ditubuhkan tahun depan turut terbabit dalam pembangunan rangkaian nilai bagi kedai harga patut berkenaan.

“Ini merangkumi aspek pergudangan, pemasaran, penjenamaan, pengedaran, pembungkusan dan beberapa aktiviti berkaitan,” katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor, di Kota Iskandar, Nusajaya, hari ini.

Sambil menyifatkan pendekatan Koperasi Iskandar Malaysia itu sebagai efektif, Mohamed Khaled berkata ia selaras usaha pengurangan kos sara hidup berikutan keahliannya yang terbuka kepada masyarakat.

Malah ahli koperasi itu bakal menikmati dividen daripada setiap keuntungan dijana koperasi berkenaan.


Sebagai ahli, katanya, mereka akan memastikan perniagaan koperasi itu meraih pulangan dengan membeli barangan keperluan harian di kedai harga patut milik koperasi yang menawarkan produk pada harga lebih murah berbanding pasaran.

Sehubungan itu, kata Mohamed Khaled, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) kini bekerjasama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk merancang, memudah cara dan mempromosi penubuhan Koperasi Iskandar Malaysia.

Kerajaan negeri turut bersetuju menyediakan geran padanan hingga RM10 juta daripada Kumpulan Wang Projek Sosial IRDA.

Selain itu, Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri menerusi Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Johor sedang dalam proses penyediaan kajian Pelan Induk Koridor Pembangunan Selat Tebrau dan Selat Johor.

“Kajian ini sangat penting bagi merancang, mengawal, memandu hala tuju dan pelaksanaan pembangunan hartanah di kawasan Selat Tebrau dan Selat Johor,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori