Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Guru Trauma Ditampar Ibu...

NIBONG TEBAL - Seorang guru sekolah vernakular, L. Vanitha berusia 37 tahun di...

Ngeri, Bayi Tersepit Di...

SEORANG bayi terselamat daripada maut meskipun mengalami detik cemas apabila tersepit pada rim...

PKP: Rakyat Malaysia Tetap...

KUALA LUMPUR - Mood meraikan Aidilfitri yang akan disambut esok masih tetap ‘dirasai’...

Trump Dijangka Iktiraf Baitulmaqdis

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) dijangka membuat pengumuman mengenai pengiktirafan AS terhadap...

1,500 Peserta Sertai Larian Hapuskan Rasuah Ahad Ini

SEREMBAN – Sebanyak 1,500 peserta dijangka menyertai Larian Hapuskan Rasuah di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di sini, Ahad ini.

Pengerusi program itu Ahmad Mahathir Abdul Mulok berkata program yang julung kali diadakan itu adalah anjuran bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Negeri Sembilan.

“Program ini bertujuan mendidik orang ramai agar tidak memberi dan menerima rasuah yang boleh memusnahkan negara dan sistem masyarakat.

“Selain larian, pelbagai aktiviti akan diadakan seperti pameran, persembahan seni, ceramah dan juga cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.


Katanya program yang bertemakan ‘Jangan Beri dan Terima Rasuah’ ini adalah sempena Hari Antirasuah Sedunia 2014.

Katanya penyertaan terbuka kepada semua lapisan umur dan percuma.

“Program ini memerlukan peserta berlari sejauh 3.1 kilometer bermula dan berakhir di Kompleks Belia dan Sukan Paroi,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori