Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ejen Kosmetik Diculik Lelaki...

TUMPAT ā€“ Seorang wanita dipercayai ejen kosmetik hilang selepas dipercayai diculik sekumpulan lelaki...

APMM Pertingkat Sistem SAR...

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mencipta satu lagi sejarah apabila...

ā€œ3 Tahun Menanti, 3...

PELAKON dan penyanyi Safura Yaacob yang memuat naik status bagi memperingati anak perempuannya,...

APMM Rampas 1,200 Karton...

JOHOR BAHARU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Maritim Batu Pahat berjaya...

Dua DJ Tambah Payudara Untuk Rasa Menjadi Wanita

UNTUK merasai dan memahami apa sebenarnya cabaran dan dugaan menjadi seorang wanita, dua juruhebah radio lelaki di Jerman, John dan Rasheed mengambil keputusan menjalani prosedur pembedahan kosmetik untuk menanam payudara palsu yang bertahan hanya untuk 24 jam.

Sebelum menjalani pembedahan, Rasheed sempat memohon maaf kepada ibunya sementara John pula membawa sekali isterinya dan bikini milik isterinya sebagai sokongan moral untuk dirinya.

Melalui prosedur kosmetik itu, dua deejay ini disuntik sejenis cecair sehingga bahagian dada mereka kelihatan membengkak, kemudiannya bahagian itu dipam dengan 700 mililiter (ml) cecair lagi agar mendapat bentuk payudara idaman.

Payudara palsu itu secara realitinya sangat keras seperti batu, tetapi doktor menyakinkan bahawa mereka akan rasa seperti payudara wanita sejam selepas pembedahan dilakukan.

dj1


Perkara pertama yang dilakukan dua deejay itu selepas payudara mereka tumbuh adalah memakai coli yang kemudiannya dimuatnaik di Internet.

Selepas itu, mereka ke pusat kecergasan gim untuk berlari di atas treadmill dan bersenam. Baru beberapa jam di situ, mereka sudah berasa tidak selesa dengan bentuk tubuh seorang wanita.

“Memakai coli adalah satu perkara memeritkan dan setiap wanita di seluruh dunia perlu diberikan pingat dan medal atas kesanggupan memakai coli,” kata John yang kini menyedari betapa susahnya bergelar seorang wanita yang sentiasa diperhatikan payudara mereka oleh kaum Adam di luar sana. – MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori