Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Leclerc Rampas Petak Utama...

AUSTIN, Amerika Syarikat: Charles Leclerc meraih petak utama ketiganya musim ini ketika catatan...

TPM Ajak Umat Islam...

KUALA KANGSAR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Sultan Selangor Hadiri Rumah...

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri...

Pemilu 2024: Rakyat Indonesia...

KUALA LUMPUR – Pengalaman pertama kali mengundi awal di Malaysia bagi Pilihan Raya...

2 Lemas Di Pekan Dan Kuantan, 1 Masih Hilang

PEKAN – Seorang penjawat awam ditemui mati lemas manakala rakannya masih hilang selepas bot gentian kaca yang dinaiki mereka karam di Sungai Pahang dekat Kampung Pulau Jawa, di sini, semalam.

Mayat Zuhair Sulong, 42, dari Kampung Pulau Jawa ditemui penduduk kampung pada pukul 9.50 pagi tadi, kira-kira 800 meter dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata, dalam kejadian 6 petang itu, Zuhair bersama Azizul Mohd Ali, 28, dan seorang lagi rakan mereka yang terselamat, Said Harun, 31, sedang menaiki bot selepas mengambil buah kelapa di Pulau Che Abbas.

Katanya, bot yang dinaiki tiga rakan itu dipercayai tenggelam akibat terlebih muatan.

“Zuhair dan Azizul dipercayai tidak pandai berenang menyebabkan mereka hilang dibawa arus manakala Said selamat selepas berjaya berenang ke darat.

“Setakat ini Azizul masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan yang melibatkan pihak polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata mayat Zuhair, Pembantu Rendah Am di Pejabat Tanah dan Galian Daerah Pekan itu dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat.

Sementara itu, seorang remaja berusia 18 tahun, Khairul Ikhwan Abdul Latif dari Taman Bukit Goh Perdana, di sini ditemui mati lemas ketika mandi di Sungai Tertai dekat Kampung Sungai Mas, Sungai Lembing dekat sini, pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 11.05 pagi.

“Mayat mangsa ditemui di dasar sungai oleh Orang Asli yang turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pada pukul 11.26 pagi,” katanya.

Mayat itu Khairul Ikhwan, pembantu kedai runcit milik bapanya, dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori