Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pegawai SB Nampak Mayat...

Seorang pegawai Cawangan Khas Bukit Aman memberitahu Mahkamah Tinggi di sini beliau ternampak...

Foto: Nurul Depp Akhirnya...

SEPERTI diketahui ramai, penyanyi terkenal Nurul Wahab atau lebih dikenali sebagai Nurul Depp...

Kerja Ukur Tanah Orang...

GUA MUSANG - Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dijangka dapat menyiapkan kerja mengukur...

Kylian Mbappe Berada Di...

KYLIAN Mbappe terus menimbulkan tanda-tanya berhubung perpindahan bernilai £160 juta (RM829 juta) ke...

2 Maut Dalam 2 Kemalangan Di Jempol Pagi Tadi

JEMPOL – Dua penoreh getah maut setelah motosikal yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 5, Jalan Bahau-Rompin di sini, pagi tadi.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian pada kira-kira pukul 4.40 pagi itu, mangsa, M.M. Yes Dass, 62, yang menunggang motosikal mengambil rakannya K.S. Lalitha, 42, untuk menoreh getah bersama.

Katanya kemalangan itu berlaku apabila sebuah kereta yang datang dari arah Bahau ke Rompin melanggar bahagian sisi kiri motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan.

Katanya kereta yang dipandu seorang lelaki itu terbabas lalu terbalik manakala kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal tercampak di bahu jalan.


Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala.

Mayat mereka di bawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat sementara pemandu kereta hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori