Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Seorang Maut Dua Kereta...

KINABATANGAN - Pemandu sebuah kereta Proton Arena maut selepas bertembung dengan sebuah kereta...

Prestasi Pengurusan Kewangan Agensi...

KUALA LUMPUR - Prestasi pengurusan kewangan agensi bagi tahun 2015 adalah lebih baik...

PAS Terbuka Untuk Tahaluf...

ALOR SETAR - Meletakkan syarat sebarang kerjasama politik PAS mestilah berlandaskan syariat...

Cheng Hoe Bebas Pilih...

MELAKA - Pengendali baharu skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe diberi kebebasan untuk...

23 Mangsa Banjir Di Kerian Masih Di Pusat Pemindahan

IPOH – Seramai 23 mangsa banjir dari empat kampung di daerah Kerian masih berada di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu, Bagan Serai, kira-kira 110km dari sini, hari ini.

Mangsa banjir terdiri daripada sembilan keluarga itu dari Kampung Beriah, Kampung Parit Simpang Empat, Kampung Parit Simpang Lima dan Kampung Matang Tengah dipindahkan ke ke pusat itu, Jumaat lepas.

Ketua Penolong Pegawai Daerah Kerian (Tanah), Muhamad Ghopran Yeop Hamzah, berkata walaupun air semakin surut di beberapa kawasan di daerah itu namun mangsa banjir di pusat berkenaan masih belum lagi dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah menasihatkan supaya mangsa tidak kembali ke rumah masing-masing berikutan paras air sungai di Hulu Selama, Kedah dan Selama, Perak masih meningkat.


Katanya, jalan yang menghubungkan Alor Pongsu-Selama di Kilometer 13 hingga 17 ditutup untuk kenderaan ringan kerana dinaiki air setinggi 0.5 meter.

Sementara itu, di Teluk Intan, pusat pemindahan di surau Kampung Ata Duri di Langkap ditutup petang semalam selepas semua 14 mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori