Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kos Haji Dijangka Meningkat...

KOTA BHARU : Kerajaan menjangkakan kos mengerjakan haji meningkat sehingga 50 peratus, berikutan...

Video Ini Akan Buat...

Thailand memang terkenal dengan video-video yang sangat kreatif dan tidak pernah lekang dengan...

Zahirah Nafi Selfie Depan...

DITUDUH seronok berselfie bersama seorang teman berdekatan jenazah ibu Zul Ariffin ketika di...

Saman Suami Isteri Terhadap...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini menolak saman yang difailkan...

23 Wanita Asing Ditahan Di Gua Musang

KOTA BAHARU – Jabatan Imigresen Kelantan menahan 23 wanita warga asing yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi untuk aktiviti tidak bermoral dalam serbuan di beberapa premis di sekitar bandar Gua Musang semalam.

Timbalan Pengarah jabatan berkenaan, Siti Khadijah Hamzah berkata serbuan bermula 10 malam itu membawa kepada penahanan 21 warga Thailand, seorang warga Kemboja dan seorang warga Laos berusia antara 20 hingga 41 tahun.

“Ia hasil risikan selama dua minggu serta aduan orang ramai. Ketika serbuan, sebahagian mereka sedang tidur dan ada yang sedang bekerja sebagai pelayan di pusat hiburan.

“Kita syaki mereka adalah mangsa pemerdagangan orang selain kemungkinan mereka dijadikan pelacur,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kesemua mereka masuk ke negara ini secara sah.


“Kesemua mereka ada pas lawatan sosial dan ia masih sah dan kita tidak menolak kemungkinan mereka dibawa masuk oleh sindiket,” kata Siti Khadijah.

Beliau berkata pihaknya percaya masih terdapat ramai warga asing di Gua Musang yang dijadikan mangsa pemerdagangan dan operasi sentiasa dijalankan untuk mengesan mereka.

“Buat masa ini kesemua yang kita selamatkan akan dibawa ke rumah perlindungan di Kuala Lumpur,” katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori