Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Gambar Pertemuan Anwar Dengan...

Beberapa hari lalu, portal Malaysia Today menerusi artikel bertajuk “Jude : I Was...

Sumbat 252 Kilogram Ketum...

Kulai : Polis merampas 252 kilogram daun selepas menahan sebuah kenderaan pelbagai guna...

BM Di SJK Cina,...

KUALA LUMPUR - Proses pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu di Sekolah Jenis...

Jangan Samakan BR1M Dengan...

PETALING JAYA - MCA membidas pihak yang menyamakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan...

Admin Mawar Fanpage TAK PROFESIONAL Jawab Komen

Sesungguhnya, budi bahasa budaya kita!

Siapalah yang tidak mengenali jenama tudung eksklusif No. 1 Malaysia, Fareeda yang sememangnya amat diminati dan menjadi koleksi wajib wanita berkerjaya.

Baru-baru ini, bagi menghargai pelanggan-pelanggan setia jenama tudung ini, pihak Fareeda mengadakan pertandingan  ‘Tiru Gaya Mawar Fizo’ hingga mendapat penyertaan daripada beribu-ribu pelanggan yang mahu mencuba nasib.

Mawar Dikritik Pengikut Di Instagram Kerana Pakai Jersi Ketat

Hadiah yang dijanjikan pun tidak kurang hebatnya.

Namun heboh di media sosial pelanggan tidak puas hati apabila syarat baharu berubah pada saat-saat terakhir.

Apa lagi, ramailah peserta yang mempersoalkan tindakan tersebut kerana tidak diberitahu awal.

Bagaimanapun, ramai pelanggan lebih terkejut bila melihat komen yang dibalas oleh admin Mawar Fareeda Fanpage yang digelarkan sebagai ‘sungguh budiman’.

tiru gaya mawar fizo

Hah, gitew lah jawab pihak admin ini!


Terkejut juga cara admin ini menjawab, meskipun tidaklah mempunyai unsur-unsur maki hamun tetapi cara menjawab persoalan pelanggan tersebut dilihat sebagai agak kasar dan tidak melambangkan jenama Fareeda sebagai tudung eksklusif.

Rasanya admin sepatutnya lebih peka dan bersopan ketika melayan pelanggan setia.

Ini lagi beberapa screenshot peserta yang tidak puas hati syarat yang dikenakan dan cara admin tersebut membalasnya.

tiru gaya mawar fizo tiru gaya mawar fizo

Mungkin penat melayan kerenah pelanggan yang terlalu ramai jadi punca sikap begini ditonjolkan?

Sebelum ini pun pernah terjadi kes Mawar Fareeda Fanpage ini didakwa tidak berbudi bahasa dan lebih malang siapa lagi yang bakal menerima tempiasnya kalau bukan Mawar sendiri?

Difahamkan, page ini dikawal oleh lima orang admin.

Mawar-Fareeda-Fanpage-Caci

Mungkin pihak Fareeda sendiri ada penjelasannya berkenaan isu ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori