Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

3,410 Rumah Mesra Rakyat...

SABAK BERNAM – Sebanyak 3,410 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah Syarikat...

Upload Gambar Pembedahan, Klinik...

KERANA perbuatan suka memuat naik gambar di laman sosial ketika melakukan pembedahan terhadap...

MKN Malaysia-Thai Tandangani MoU...

BANGKOK – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Malaysia dan Thailand hari ini menandatangani Memorandum...

Temui Mayat Warga Myanmar...

KUANTAN – Mayat seorang warga Myanmar yang dilapor tergelincir ke dalam kolam takungan...

3 Lelaki Dihukum Mati Kerana Culik Wanita Untuk Tebusan

MELAKA – Tiga lelaki, termasuk seorang warga Indonesia hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah menculik seorang wanita untuk mendapatkan wang tebusan pada Disember 2009.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil menjatuhkan hukuman itu terhadap peniaga Koh Chun Sen, 43, pekerja kilang Lee Hee Wee, 41, dan warga Indonesia Sahri, 29, setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa menahan Goh Geok Hua, 34, dengan niat meminta wang tebusan RM300,000 daripada suami mangsa, Ng Guan Kiat, 34, di KS 1006, Jalan Kuala Damai 1, Taman Kuala Damai, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah pada pukul 10 pagi, 24 Dis 2009.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Norhasmiza Othman, manakala Koh diwakili peguam Yusof Rahmat, Lee diwakili peguam Hasshahari Johari Mawi dan Sahri diwakili peguam Mohan Singh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori