Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wanita Buat Laporan Dirogol...

SEORANG wanita Belanda disabitkan bersalah melakukan zina oleh mahkamah di Doha, Qatar selepas...

Zulfarhan Kembali Ke Klinik...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini diberitahu Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Final Piala Malaysia, Pahang...

MALAM ini bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, akan berlangsung perlawanan akhir Piala...

Penuntut IPT Mangsa Banjir...

Peperiksaan akhir semester bagi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dijadualkan berlangsung minggu depan.Sehubungan...

3 Wanita Dianggap ‘Gila’ Bermain Ular Tedung

Kuala Lumpur – Biarpun dianggap ‘gila’ apabila menjadikan ular sebagai teman mainan, tanggapan seperti itu langsung tidak melemahkan semangat tiga wanita untuk terus menguasai teknik menjinakkan haiwan berbisa itu.

Gadis yang bukan sebarangan itu beranggapan apa yang dilakukan berbaloi dan hobi itu dijadikan sebagai terapi untuk merehatkan minda dan menghilangkan tekanan terutama selepas bekerja.

Nadzirah Hanis Amir Hasrat, 25, berkata dia sering diejek rakan lain kerana beranggapan hobi bermain dengan ular dan dijadikan tempat meluah perasaan sebagai tidak masuk akal.

“Saya pernah digelar begitu (gila) sebab mencium tedung selar. Tapi, saya tidak peduli. Ini kerana saya tenang apabila dapat membelai dan bermanja dengan reptilia peliharaan saya,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā katanya.

Menurutnya, dia memang tidak takut atau geli untuk memegang ular berkenaan selain mendakwa sudah `temannyaƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā€žĀ¢ itu sudah serasi dengannya kerana `mengenaliƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā€žĀ¢ reptilia itu sejak kecil.

Rakaman aksi Nadzirah bermain tedung selar sepanjang kira-kira 4.8 meter dan seberat sembilan kilogram sebelum itu kongsi oleh rakan HMLive, Slumber Studio di Google+ https://plus.google.com/u/0/communities/116855719367386087691

yang kemudiannya dikongsi pula di laman Facebook Harian Metro.


Rakannya yang juga ibu dua anak, Rosnah Johar, 36, berkata kegilaan memelihara ular dan menjadikannya sebagai teman hidup dianggap perkara pelik oleh keluarga dan jiran.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œSaya mula berjinak dengan reptilia ini sejak setahun lalu. Ia umpama sebati dalam jiwa dan kehidupan saya apatah lagi menjadikannya sebagai tempat meluah perasaan dan teman tidur.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œSaya rasa tenang apabila dapat berbuat demikian. Pada sebelah malam reptilia peliharaan seperti ular sawa akan tidur di sebelah saya dan ia umpama sudah jinak dan kenal tuannya.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œMalah, seorang daripada anak saya juga gemar memelihara ular. Kami membelanjakan hampir RM300 untuk memelihara lebih sembilan ular antaranya sawa batik,” katanya.

Teman mereka yang juga kakitangan swasta, Nurul Nabila Shariman, 23, pula menjelaskan orang ramai mungkin tidak sedar ular juga mempunyai perasaan seperti manusia.

“Jika ternampak ular di tepi jalan saya akan menangkapnya dan membawa pulang tetapi bergantung kepada saiznya. Saya tidak ambil pusing jika ada orang mengatakan saya gila,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā katanya. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori