Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Peguam Bela Sam Ke...

PUTRAJAYA - Hukuman dibuat mahkamah sebelum ini terhadap kerani wanita, Sam Ke Ting...

2 Korea Lancar Projek...

BERSATU... Satu upacara pecah tanah diadakan semalam bagi menandakan pelancaran projek untuk hubung...

Model Ekspo Chinajoy Dilarang...

China - Tidak dibenarkan memakai pakaian mendedahkan dada dan skirt pendek. Amaran tersebut...

Hanya Kongsi Cerita, Bukan...

SEMALAM telah berlangsungnya satu program khas iaitu perkongsian pengalaman hidup berumah tangga penyanyi...

3 Wanita Ditipu RM40,000 Oleh Kasanova Di Aplikasi Sosial

GEORGE TOWN – Tiga wanita kerugian lebih RM40,000 selepas ditipu seorang kasanova berusia lingkungan 20-an di aplikasi sosial “We Chat”.

Lelaki itu bergerak aktif di sekitar Seberang Perai dan Kepala Batas dekat sini sejak awal tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri ACP Azmi Adam berkata lelaki yang dikenali sebagai Noor Azman Azmi itu mencari mangsa dengan menggunakan kata-kata memikat dan ayat meraih simpati.

“Dengan penampilan yang bergaya lelaki itu akan menabur janji-janji manis termasuk untuk menjadikan mangsa sebagai isterinya.

“Mangsa diajak bersiar-siar dan amalan itu diulang beberapa kali.

“Selepas mangsa mempercayainya dan termakan pujuk rayu, lelaki itu akan meminta wang atau barang kemas untuk dipinjam dengan alasan terpaksa membayar hutang,” katanya pada sidang media di sini Rabu.


Beliau berkata ekoran tertipu dengan lelaki berkenaan, tiga wanita berusia lingkungan 20-an dan bekerja kilang itu membuat laporan polis.

Azmi berkata tiga wanita berkenaan membuat laporan secara berasingan sejak minggu lepas dan siasatan polis mendapati suspek adalah orang yang sama.

Katanya siasatan juga mendapati lelaki itu menggunakan beberapa nama dan tinggal berpindah randah bagi mengelak dikesan mangsanya.

“Susulan itu, kami meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu agar menghubungi pegawai penyiasat Insp Syafiq Shaidin di talian 04-5762222,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori