KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,693 laporan berkaitan salah laku rasuah membabitkan penjawat awam diterima Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh lima tahun ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, berkata daripada jumlah itu, 1,077 kes disiasat sementara 847 penangkapan telah dibuat.
Katanya, dalm tempoh dua bulan lalu saja, pelbagai kes salah laku rasuah dilaporkan media membabitkan penjawat awam terutama anggota penguat kuasa.
“Sejumlah 30 pegawai kanan dan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) ditahan sejak 2 September lepas dalam operasi khas SPRM berhubung aktiviti rasuah yang juga membabitkan Pengarah Kastam negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Karnival Patrionisme JPA 2014 di Institut Tadbiran Awam Malaysia (INTAN), Bukit Kiara, sebentar tadi. – BH Online