Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tasha Manshahar Pakai Niqab...

KAJANG - Penyanyi Tasha Manshahar memberitahu dia mula memakai niqab sebelum mengenali suaminya,...

Wanita Misteri Berak Merata...

SEORANG wanita misteri yang suka berak di hadapan rumah orang di Colorado telah...

9 Pasukan Amatur Beraksi...

PETALING JAYA - Saingan Piala FA 2018 akan diserikan dengan penyertaan sembilan pasukan...

CIA Kongsi Hantaran Fakta...

SHAH ALAM - Agensi Perisikan Pusat (CIA) meraih tumpuan ramai apabila memuat naik...

5 Lagi Hospital Pengajar Akan Diwujudkan – Mary Yap

KUALA LUMPUR – Lima lagi hospital pengajar akan diwujudkan di negara ini sebagai tambahan kepada tiga hospital sedia ada, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching.

Beliau berkata hospital pengajar tersebut akan ditubuhkan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam.

“Setakat ini hanya ada tiga hospital pengajar iaitu Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian,” katanya ketika menjawab soalan Dr Mansor Abdul Rahman (BN-Sik) pada Persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Sementara itu, menjawab soalan lain daripada Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mengenai status projek perolehan peralatan Digital Autopsy Diagnostic Station (DADS), Mary Yap berkata kementerian memutuskan untuk tidak meneruskan perolehan peralatan kaedah autopsi maya itu.


Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti keperluan, spesifikasi, kaedah perolehan bersesuaian serta kekangan peruntukan kewangan kerajaan memandangkan hanya satu syarikat sahaja yang berminat untuk membekalkan peralatan tersebut.

“Itu keputusan yang dibuat setakat ini, tetapi memandangkan pembelajaran adalah penting, ini bermakna cadangan untuk mendapatkan DADS boleh diteliti pada masa akan datang,” jelas Mary Yap.

DADS atau kaedah autopsi maya merupakan alternatif kepada bedah siasat secara konvensional yang menggunakan teknologi pengimejan dalam menyiasat kes-kes jenayah dan dapat mengurangkan pencemaran kepada bahan bukti. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori