Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Gerakan Tubuh Jawatankuasa Kaji...

KUALA LUMPUR - Gerakan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji kesan pelaksanaan Cukai Barang...

Felda: Prihatin Pembangkang Bermotif...

JERANTUT - Keprihatinan yang ditunjukkan pembangkang terhadap masalah warga Felda hanyalah satu agenda...

Huawei Bawa Sweden Ke...

BEIJING – Huawei Technologies Co. memulakan prosiding timbang tara terhadap Stockholm di bawah...

TPM Sah 2 Pegawai...

LAHAD DATU - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Lima Maut Akibat Denggi Minggu Lalu

KUALA LUMPUR – Sebanyak lima kematian akibat wabak denggi dilaporkan di seluruh negara pada minggu lalu iaitu dari 2 hingga 8 November 2014.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak tiga kematian dicatatkan di Selangor dan masing-masing satu kematian di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor.

“Kesemua kes disahkan meninggal akibat komplikasi demam denggi. Dari Januari hingga 8 November 2014, sebanyak 169 kematian dilaporkan berbanding 63 kematian bagi tempoh sama tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak 88,806 kes denggi dilaporkan di seluruh sejak Januari lalu berbanding cuma 31,170 kes dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun 2013.


Sehubungan itu beliau melahirkan kekesalan kerana cuma 13 daripada 96 lokasi panas wabak denggi mengadakan aktiviti gotong royong.

Justeru, beliau menasihati penduduk mengambil berat tentang kebersihan di kawasanmasing-masing dengan menjalankan aktiviti gotong royong setiap minggu untuk menghapuskan tempat pembiakan aedes. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori