Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

VPCM Lancar Akademi Automotif...

KUALA LUMPUR - Akademi Automotif Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) yang baru ditubuhkan bertujuan melahirkan tenaga kerja teknikal bertaraf global, mampu menangani...

PRK Mahkota: ‘Harap Calon...

KLUANG: Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota mengharapkan sekiranya calon Barisan...

Bas Pasukan Pahang Kena...

KUALA LUMPUR - Bas membawa pasukan Pahang ke Johor bagi menentang Johor Darul...

Bajet 2023: GTA Teruskan...

SHAH ALAM - Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad...

Kejam.. Tentera Udara Bashar Al-Assad Bunuh 63 Rakyat Syria

BEIRUT – Beberapa serangan udara oleh rejim Syria di ‘ibu kota’ yang diisytiharkan sendiri oleh kumpulan Negara Islam (IS), Raqqa, mengakibatkan sekurang-kurangnya 63 orang terbunuh, separuh daripada mereka adalah orang awam, kata sebuah badan pemantau.

Ia adalah serangan udara yang mengakibatkan jumlah kematian paling ramai oleh tentera udara Presiden Bashar al-Assad di Raqqa sejak kumpulan ekstremis Sunnah IS itu merampas kuasa di bandar berkenaan tahun lalu.

“Sekurang-kurangnya 36 daripada 63 mangsa yang terkorban adalah orang awam,” kata Rami Abdel Rahman daripada Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.

Selain itu, tambahnya, terdapat juga 20 mangsa tidak dikenali yang mungkin terdiri daripada orang awam ataupun anggota jihad serta serpihan mayat sekurang-kurangnya tujuh orang lagi.


Gambar daripada video amatur yang diedarkan oleh aktivis di Raqqa menunjukkan beberapa mayat berlumuran darah bergelimpangan di jalan raya berhampiran tempat pengeboman, dan kelihatan ambulans berkejar ke tempat kejadian.

Menurut badan pemantau berkenaan, pada 6 September lalu, 53 orang terbunuh dalam serangan udara di Raqqa, antara mereka termasuk sekurang-kurangnya 31 orang awam. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori