Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Negara Haram Israel Sedang...

KEBAKARAN yang melanda wilayah Modiin, Israel sejak Selasa lalu dilapor merebak sehingga menyebabkan...

Pelajar Antara Ditahan Dalam...

KUBANG PASU - Seorang penuntut sebuah institusi kemahiran di sini antara yang ditahan...

Lelaki Disyaki Pengedar Dadah...

KOTA TINGGI - Polis menahan seorang lelaki disyaki pengedar dadah dalam serbuan di...

Tidak Guna Kondom Punca...

KUALA LUMPUR - Hubungan seks bebas tanpa menggunakan alat perlindungan terus menjadi faktor...

7 Rumah Musnah, 30 Cedera Akibat Gempa Di Tengah Jepun

TOKYO – Gempa kuat yang melanda kawasan pergunungan di tengah Jepun yang pernah menjadi tuan rumah Olimpik Musim Sejuk pada 1998, memusnahkan lebih tujuh kediaman di kawasan peranginan ski serta sekurang-kurangnya 30 lagi cedera.

Gempa berukuran 6.8 magnitud melanda Bandar Nagano jam 10 malam semalam (waktu tempatan) di kedalaman 10 kilometer, demikian menurut Agensi Meteorologi Jepun.

Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa berukuran 6.2 magnitud itu bagaimanapun tidak menyebabkan tsunami kerana ia berlaku di tanah besar.

Pemilik restoran di Habuka, Ryo Nishino, memberitahu stesen penyiaran NHK bahawa dia begitu takut kerana ini kali pertama melalui saat gegaran gempa di bandar peranginan ski yang terletak di barat Nagano itu.


“Ia bergoncang dengan kuat. Keadaan di pusat percutian ini menjadi kelam-kabut,” katanya.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Nuklear Jepun berkata setakat ini tiga loji tenaga nuklear di sekitar kawasan gempa berkenaan tidak terjejas.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Persekutuan Jepun, seramai 13 orang setakat ini dilaporkan cedera dengan sekurang-kurangnya dua mendapat kecederaan serius. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori