Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MAS: Tony Enggan Campur,...

PIHAK lain tidak perlu masuk campur dalam urusan isu pengambilalihan syarikat MAS oleh...

Perhilitan Rampas 101 Ekor...

ALOR SETAR - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah merampas...

Tak Puas Lakon Aksi,...

FILEM KL Special Force telah menampilkan banyak sisi berbeza barisan pelakon yang membintangi...

Arab Saudi Iktiraf Vaksin...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Arab Saudi sudah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang...

8 Pusat Pemindahan Banjir Dibuka Di Kedah

ALOR SETAR – Lapan pusat pemindahan banjir dibuka di Kedah bagi menempatkan 1,182 mangsa daripada 334 keluarga berikutan kediaman mereka dilanda banjir.

Menurut Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah, lima pusat pemindahan banjir dibuka di daerah Kubang Pasu iaitu di Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Changlun yang menempatkan 253 orang daripada 86 keluarga, Dewan Kampung Lahar dengan 162 orang (34 keluarga), SMK Paya Kemunting dengan 375 orang (99 keluarga), Dewan Jitra dengan 218 orang (72 keluarga) dan Dewan Kampung Manggol menempatkan 60 orang daripada 14 keluarga.

Bagi daerah Kota Setar dua pusat pemindahan telah dibuka di SMK (C) Soon Cheng yang menempatkan 10 orang daripada empat keluarga dan Surau Kampung Longgok Pasir dengan 100 orang daripada 24 keluarga.

Di daerah Pendang, satu pusat pemindahan dibuka di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru yang menempatkan empat orang daripada sebuah keluarga.

Berikutan banjir telah surut di beberapa kawasan, mangsa dibenarkan pulang bagi membersihkan rumah masing-masing. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori