Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Daler Kesal Terpegang Dada...

BELUM selesai lagi isu 'terpegang' dada Nelydia Senrose ketika berlakon bersama dalam drama...

Kejam!! Orangutan Mati Dengan...

Seekor orangutan ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Borneo dengan 40 kesan...

Jerebu Dijangka Melanda Semula

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di seluruh negara yang dilaporkan semakin pulih semalam...

Kebajikan Warga Emas Terus...

KINABATANGAN - Sebagai kerajaan prihatin dan bertanggungjawab, kebajikan warga emas terus diberi perhatian...

80 Warganegara New Zealand Ada Kaitan Dengan IS

Dalam ucapan Perdana Menteri New Zealand, John Key pada Mesyuarat Keselamatan Kebangsaan, beliau mengakui bahawa agensi kerajaan kini sedang memantau 80 individu yang dipercayai terlibat dengan IS.

Menurutnya, pemantauan rapi tersebut sedang dilakukan ke atas 30-40 individu, dan selebihnya memerlukan siasatan lanjut.

Tambahnya lagi, buat masa ini, New Zealand memutuskan untuk tidak menghantar tenteranya untuk memerangi IS di Iraq, namun akan menghantar kakitangan bagi melatih askar Iraq.

Sementara itu, angkatan pertahanan Australia mendakwa mereka berjaya memusnahkan 14 lokasi yang menjadi kubu IS di Iraq manakala 11 sasaran dimusnahkan termasuk pusat logistik dan penyimpanan peralatan kumpulan militan itu.


Australia yang memiliki enam buah jet Super Hornet yang diletakkan di Emiriah Arab Bersatu bagi menjalankan misi di Iraq bersama 200 anggota pasukan khas dan 400 anggota tentera udara.

Setakat ini, 15 warganegara Australia yang menyertai IS di Iraq dan Syria terkorban dalam pertempuran dengan pihak berkuasa. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori