SINGAPURA – Perlawanan ‘Causeway Derby’ Piala AFF Suzuki antara Malaysia dengan Singapura di Stadium Nasional Singapura, esok (Sabtu) mendapat respons memberangsangkan peminat kedua-dua pasukan.
Menurut Facebook Persatuan Bolasepak Singapura (FAS), kira-kira 85 peratus tiket bagi perlawanan Kumpulan B itu habis dijual di stadium yang berkapisiti 55,000 tempat duduk.
FAS berkata tiket konsesi bagi semua kategori untuk peminat kedua-dua pasukan turut habis dijual.
Namun tiket masih boleh diperoleh menerusi Sports Hub Tix di www.sportshubtix.sg, kaunter box office Sports Hub di Stadium Tertutup Singapura atau sebarang saluran SingPost di republik itu.
Pasukan yang menang dalam pertandingan itu akan memastikan tempat ke separuh akhir edisi ke-10 kejohanan.
Vietnam dan Filipina menempah tiket antara empat pasukan ke separuh akhir, termasuk Thailand. – BERNAMA