Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kedai Jadi Stor Simpanan...

Kulai : Tindakan seorang lelaki untuk mengaut untung dengan menjual mercun sempena sambutan...

Kecoh Mesej Lucah Whatsapp...

JANGAN bimbang berita ini tiada dilaporkan dalam mana-mana portal propembangkang kerana cerita buruk...

Surah Al-Mulk, Syarat Nikah...

SEMALAM merupakan detik bersejarah buat pasangan sama cantik, sama padan Elfira Loy dan...

Najwa Enggan Terlampau Expose...

JIKA kebanyakan selebriti tempatan gemar mendedahkan kehidupan peribadi mereka di laman sosial, berlainan...

95 Terbunuh Serangan Bom Rejim Syria Di ‘Ibu Negara’ IS

BEIRUT – Serangan udara tentera Syria terhadap kubu kuat kumpulan Negara Islam (IS) di Raqa mengorbankan sekurang-kurangnya 95 orang ketika delegasi kerajaan Presiden Bashar al-Assad mengadakan rundingan dengan sekutu utamanya, Russia semalam.

Serangan bom semalam adalah serangan berdarah paling terbesar oleh tentera udara rejim Assad di Raqa sejak kumpulan pejuang kumpulan ekstremis Sunni IS menawan bandar itu tahun lalu dan mengisytiharkannya sebagai ‘ibu negara’.

Lebih separuh jumlah korban membabitkan orang awam, demikian menurut Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.

Tidak diketahui berapa ramai korban membabitkan militan IS.

Raqa adalah yang pertama dan satu-satunya bandar yang gagal dipertahankan tentera rejim kerajaan sebelum ditadbir oleh IS.


Ia digunakan oleh IS sebagai ibu pejabat gerakan itu bagi Syria dan negara jirannya, Iraq.

Sementara itu di Russia, delegasi Syria diketuai Menteri Luar, Walid Muallem mengadakan rundingan dengan Presiden Vladimir Putin di Laut Hitam di Sochi, semalam.

Namun kandungan rundingan membabitkan perbincangan tertutup itu tidak didedahkan.

Sebelum ini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan rundingan bagi menamatkan konflik di Syria sebanyak dua kali di Switzerland pada awal 2013, namun kedua-duanya berakhir tanpa sebarang persetujuan. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori