SECANTIK dan secomel wajahnya, puteri sulung pasangan suami isteri Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah diberi nama Aaisyah Dhia Rana Mohamad Zain oleh kedua ibu bapanya, seperti mana diumumkan Zain menerusi program hiburan H!Live, semalam.
Kelahiran Aaisyah mencipta fenomena tersendiri apabila ramai pihak baik di kalangan selebriti mahu pun peminat teruja dengan wajahnya yang disifatkan sebagai ‘Cutest Baby of The Year’.
Che Ta selamat melahirkan Aaisyah pada 1 November lalu di Hospital Ampang Puteri, yang memberi tajaan bersalin kelas pertama sepenuhnya buat pelakon jelita itu.
Pastinya ramai dah tak sabar nak tengok keletah dan aksi si comel ni kan.
Hasrat itu mungkin terealisasi jikaĆāĆĀ Che Ta dan Zain buka satu akaun Instagram untuk Aaisyah, macam Awal dan Scha buat untuk anak mereka, Lara Alana. – MYNEWSHUB.CC