Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Isteri Radhi OAG, Nur...

TAHNIAH diucapkan buat pemuzik band OAG, Radhi yang bakal bergelar bapa buat kali...

COVID-19: Kesan Negatif Terhadap...

CHICAGO - Ahli ekonomi berpendapat kesan negatif yang dicetuskan wabak COVID-19 ke atas...

MH17: Dunia Perlu Menyokong...

KUALA LUMPUR:Rusia telah menolak sekerasnya terhadap tuduhan pembabitannya dalam tragedi pembedilan pesawar Malaysia...

Bajet 2015: 300,000 Individu...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 300,000 individu tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan selepas...

Perkahwinan Putera William & Kate Middleton Bakal Berakhir?

Kisah percintaan pasangan diraja ini sentiasa mendapat perhatian media dan umum lagi-lagi selepas kelahiran putera sulung mereka,  George Alexander Loius yang lahir pada Julai tahun lalu.

Siapa lagi kalau bukan, Putera William dan Kate Middleton yang dilihat sentiasa mesra dan romantis bersama!

putera george

Namun, baru-baru ini tersebar perkhabaran perihal rumah tangga pasangan diraja ini dilanda masalah hingga dikatakan mungkin berakhir tidak lama lagi.

Sudah tentu berita ini mengejutkan, lagi-lagi Kate Middleton sedang sarat mengandung anak kedua.

Sumber terdekat Istana Buckingham pergolakan rumahtangga pasangan ini berpunca daripada masalah kesihatan Kate yang mengalami alahan jenis hyperemesis gravidarum, membuatkannya mengalami muntah dan mual yang ekstrem.


Kesannya, pasangan ini dikatakan sering berbalah disebabkan perkara remeh-temeh.

Masalah dihangatkan lagi apabila baru-baru ini Kate didakwa membuat keputusan mahu menyambut hari Natal di kampung halamannya, Buckleburry namun William pula memaksa agar mereka menyambutnya bersama keluarga diraja sahaja.

Perkara ini menambah lagi ketegangan dalam rumahtangga hingga ada pihak menjangkakan perkahwinan mereka bakal berakhir selepas kedua-duanya dilihat tidak mahu mengalah dan tak lagi gembira bersama.

Bagaimanapun pihak istana masih belum memberi kenyataan rasmi perihal pasangan diraja ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : KAKAK BUNGA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori