Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Rangka Ditemui Sambil Duduk...

KISAH kematian tragis seorang wanita, Joyce Vincent pada 2003 sehingga kini masih menjadi...

Pancaragam SMK Sultan Ibrahim...

MODAL besar dilaburkan Kelab Pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim (SIGS) Band...

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat...

KUALA LUMPUR - Wisma Putra mengesahkan sehingga kini tiada rakyat Malaysia terlibat dalam...

Duterte Arah Tembak Kemaluan...

MANILA - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte sekali lagi menjadi perhatian antarabangsa dengan kenyataan...

Adik Ini Berjaya Hasilkan USD1.3 Juta Melalui Youtube

Percaya atau tidak, hanya dengan membuat ulasan video untuk barang permainan dan video games, adik comel ini berjaya memperolehi pendapatan sebanyak USD1.3 (RM 4.3 juta) setahun!

Evan yang baru berusia 8 tahun ini merupakan kanak-kanak paling terkenal di dunia, disebabkan oleh video-video di saluran Youtubenya menjadi ‘hits’ yang cukup tinggi sehinggakan berjaya menarik hati penonton dan juga pengedar barang permainan.

Saluran Youtube Evan turut mendapat jumlah tontonan sebanyak 750 juta dalam masa beberapa tahun ia dihasilkan.

Angka itu meletakkan Evan setanding dengan tontonan yang diperolehi artis antarabangsa seperti Katy Perry, Madonna serta saluran ESPN.

Namun Evan tidak melakukannya sendirian, kanak-kanak tersebut mendapat pertolongan bapanya, Jared dan kadangkala adik perempuan dan ibunya turut menyertai Evan melakukan rebiu.


Jared yang juga dikenali sebagai DaddyTube memiliki syarikat fotografi dan video produksi sendiri, bertanggungjawab menyunting rakaman video Evan.

Menurut laporan Newsweek.com, projek keluarga tersebut dimulakan Jared tiga tahun lepas bermula hanya sekadar suka-suka sehinggalah salah satu video mereka mencapai sehingga sejuta tontonan.

Sumber: newsweek

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori